Sunday, 11 December 2011

Hijrah Kita

 

Assalamualikum w.b.t..rasa dah lama pulak tak jenguk blog ni.Apa-apa pun hari ni saya nak kongsi sikit apa yang saya dapat ketika menghadiri ceramah berkaitan dengan hijrah yg saya hadiri baru2 ni..kalauu kita lihat pada pengertian hijrah itu,saya rasa semua sudah maklum yg hijrah ini membawa maksud perpindahan..dari segi konteks Islam pula,dapat saya takrifkan bhwa hijrah ini merupakan perjuangan kita sebagai umat Islam untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan..

Setiap kali tibanya tahun baru dalam kalendar tahun Islam ppasti kita akan diperingatkan dengan kisah penghijrahan Rasulullah SAW bersama-sama penduduk Mekah ke Madinah..sungguh hebat umat Islam pada masa itu,semangat jihad demi Islam amatlah tinggi..mereka sanggup berkorban apa saja demi agama,demi mencari keredhaan dan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadapAllah SWT, tuhan sekelian alam..betapa sukarnya perjuangan umat Islam pada masa itu..ada yang rela tinggalkan keluarga demi Islam,si suami meninggalkan isteri dan anak-anak demi mengikut baginda SAW untuk berhijrah ke kota Madinah.. ada yang tinggalkan harta demi Islam, si kaya meninggalkan harta kekayaan, ada juga menginfakkan harta itu demi bersama-sama umat Islam yang lain menunaikan tuntutan Allah supaya mereka berhijrah....anak-anak kecil meninggalkan rakan-rakan sepermainan mereka, meninggalkan sekolah kerana mengikut ibu dan bapa mereka berhijrah demi Islam..betapa taatnya mereka kepada perintah Allah, mereka rela berkorban apa saja demi malaksanakan perintah Allah..apalah sangat pengorbanan kita jika dibandingkan dengan umat Islam yang terdahulu..marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita dan mempertingkatkan lagi keimanan kita untuk menghidupkan kembali semangat jihad para pejuang Islam terdahulu daripada kita..

Pada masa ini, hijrah lebih dikaitkan kepada perubahan sikap seseorang iaitu dengan meningkatkan apa yang kita miliki untuk menjadi lebih baik-daripada yang negatif kepada yang positif..konsep hijrah pada masa kini harus lebih berfokus kepada para remaja kerana remaja inilah yang akan membawa kembali panji-panji Islam di puncak teratas..remaja masa kini haruslah menjadikan Rasulullah SAW sebagai role model untuk mengembalikan kegemilangan Islam,sesungguhnya Rasulullah itu merupakan contoh terbaik untuk membantu kita 'menghijrahkan' sikap kita kepada yang lebih baik,insya-Allah..

Kita sebagai umat Islam yang hidup pada akhir zaman ini seharusnya tidak melupakan pengorbanan dan perjuangan Rasulullah dan umat Islam ketika penghijrahan mereka dari Mekah ke Madinah..ambillah iktibar perjuangan mereka ini untuk mendorong kita supaya lebih bersemangat untuk menegakkan kembali syiar Islam di muka bumi ini dan menanamkan semangat jihad demi Islam dalam diri kita ..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment