Sunday, 4 December 2011

Bergelar Pemimpin..

Assalamualaikum w.b.t..setelah beberapa hari tidak menjenguk ke blog ini, akhirnya berpeluang juga saya untuk mencoret di blog ini..seperti biasa, dalam hidup ini bila kita hidup di dalam satu kominiti peranan seorang ketua amatlah penting..seorang ketua bertanggungjawab bagi memastikan organisasi atau komuniti yang diketuai berjalan dengan lancar..tidak kiralah betapa besar atau kecil organisasi itu, peranan seorang ketua amat diperlukan bagi melicinkan dan melancarkan pentadbiran sesebuah organisasi itu..saya sebenarnya bukanlah seorang yang suka memimpin kerana saya takut tidak dapat membawa tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan baik..keyakinan dan kepercayaan diri saya untuk memegang tampuk sesebuah kepimpinan itu masih saya ragui..tetapi tidak bagi mereka di sekeliling saya, mereka sentiasa percaya bahawa diri saya ini mempunyai kelebihan untuk memimpin..

Sesungguhnya saya masih mencari-cari dimana letaknya ciri pemimpin di dalam diri saya sehinggakan rakan-rakan saya acap kali memilih diri saya sebagai pemimpin mereka..saya telah dipilih untuk menjadi ketua unit untuk 2 semester berturut-turut dan sering juga dipilih untuk menjadi ketua di dalam sesebuah kumpulan..mungkin tanggungjawab ini tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan orang lain tetapi amanah yang diberikan itu bagi saya seperti satu beban yang sangat berat untuk dipikul oleh saya yang lemah lagi kerdil ini..saya sering berdoa agar kepercayaan yang mereka berikan terhadap saya agar tidak menjadi sia-sia dengan meminta petunjuk dan keyakinan daripada Allah untuk membawa tanggungjawab ini..InsyaAllah saya akan memikul amanah yang diber ini dengan sebaik mungkin dan mula percaya bahawa saya ini juga layak dan boleh bergelar seorang pemimpin yang berjaya-amin~

No comments:

Post a Comment