Thursday, 29 March 2012

End of Semester 2...

Assalamualaikum w.b.t..haish~sudah lama benar rasanya saya tidak menjenguk blog saya ni..bersawang sudah,huhu..alhamdulillah,saya sudah selesai menamatkan satu lagi semester yang saya rasa agak mencabar juga..tapi ramai senior beritahu bahawa semester depan subjek yang akan saya belajar akan menjadi lebih mencabar..nk tahu mencabar ke tidak, kenalah saya tunggu mulanya semester baru bulan jun 2012 nanti..alhamdulillah juga, saya dan rakan-rakan saya yang lain berjaya menempuh satu dugaan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu final exam,huhu..hmm, agak tertekan juga ketika menjawab soalan final exam yang baru saja selesai pada 28 Mac yang lalu..fuhh~rasa tenang bila final exam dah tamat..saya akui, soalan final exam untuk semester 2 memang agak mencabar juga..rasa lawak pula bila lihat wajah reaksi rakan-rakan sekuliah saya ketika berhempas pulas menjawab soalan final exam..masing-masing muka stress je time jawab final exam hari tu..apa-apa pun, tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana kita sama-sama telah berjaya menempuh semester 2 dengan jayanya,hehe..tak kisah lah susah ke senang ke soalan final hari tu,yang penting sekarang kita sama-sama berdoa agar kita semua memperolah keputusan yang cemerlang, kalau boleh semua dapat dekan,insyaAllah,amin~..


Hmm, untungla kepada rakan-rakan saya yang telah selamat sampai ke rumah masing-masing.Saya masih lagi 'dipenjara' di kolej ni,huhu..tapi duduk dekat kolej tanpa kehadiran pelajar yang ramai pun seronok juga..tidak perlu la saya kena beratur panjang-panjang untuk membeli makanan,hehe..wifi pun laju,,kalau tak, jangan haraplah nak ber'facebook'..susah nak dapat line,huh!..

Bila dah habis semester 2 ni, tiba-tiba rasa rindu pula dekat kawan-kawan..masa yang saya luangkan dengan rakan-rakan time semester 2 ni seperti lebih bermakna berbanding semester 1..mungkin masa semester 1 semua still malu-malu kot..bila dah semester 2 ni, sudah nampak belang masing-masing,hehe..apa-apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan saya kerana telah menjadikan semester 2 saya satu kenangan yang indah buat diri saya..

 

Cuti semester 2 ni agak panjang juga..kami diberi cuti selama 2 bulan lebih sehingga bulan Jun nanati..hmm,cuti panjang-panjang ni selalunya masa untuk saya menggemukkan badan saya,huhu..bila dah nak ula semester baru nanti,konfem berat badan dah naik..time tu nanti mula la nak complain sebab asyik makan n tidur je time cuti semester,huhu..rasa-rasanya, cuti semester ni, saya nak cari kerja part-time la..tak la saya hanya makan n tidur je dekat rumah nanti..at least ada la juga benda yang berfaedah untuk saya lakukan..kalau tidak pun, saya nak ambil lesen mamandu la,huhu..rasa cemburu pula bila tengok kawan-kawan bawa kereta ke kolej..tak sabarnya nak dapat lesen,huhu..sekali-sekala dalam cuti semester ni keluar dengan kawan-kawan, menghabiskan duit ibu bapa pun macam seronok juga,hehe..


Hmm,apa-apa pun,Allah ynag menentukan..kita hanya merancang..agak-agaknya apa yang Allah telah tentukan untuk saya ketika cuti semester ni agaknya??..hmm,kita tungu n lihat..okaylah,saya nak sambung kamas baju..esok parents saya nak datang bawa saya keluar dari 'penjara',huhu..insyaAllah, ada rezeki nantii saya update lagi blog ni..jaga diri semua..wassalam~